Monday 12 December 2011

LAGU KEBANGSAAN


Lagu Kebangsaan "Negaraku"


Lagu Kebangsaan negara kita ialah "Negaraku". Melalui lagu inilah rakyat menyatakan rasa bangga kerana dilahirkan di negara ini.

Negaraku

Negaraku 
Tanah tumpahnya darahku 
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta





Lagu Kebangsaan negara kita dinyanyikan semasa:
  • upacara-upacara rasmi kerajaan.
  • perhimpunan sekolah
  • upacara menghormati kemenangan peserta negara kita dalam sukan antarabangsa. 




Friday 9 December 2011

LAGU 1 MALAYSIA

Lagu 1 Malaysia


LAMBANG-LAMBANG LAIN

Lambang-Lambang Lain Yang Menjadi Identiti Negara

Terdapat juga lambang-lambang lain yang menjadi identiti dan kebanggaan negara kita.


Tugu Negara


 
Tugu Negara disiapkan 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia I, Perang Dunia II dan semasa Darurat . Tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.



Parlimen


Parlimen ialah tempat berlangsungnya persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.



Menara Kuala Lumpur




Menara Kuala Lumpur ialah sebuah menara terletak 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996. Menara Kuala Lumpur dibina sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar di Negara kita.


Menara Berkembar Petronas


 
Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20.


Bunga Raya




Bunga Raya bunga kebangsaan negara yang banyak terdapat di negara kita. Sebagai lambang bunga raya terdapat dalam setem dan di tempat-tempat lain.



Wau Bulan




Wau Bulan ialah sejenis permainan tradisi rakyat negara kita. Lambang ini digunakan oleh Sistem Penerbangan Malaysia. 


Thursday 8 December 2011

JATA NEGARA

Jata Negara 

Gambar di bawah ialah jata negara kita. Dalam jata ada lambang-lambang yang mempunyai maksud tertentu. 

  • Lambang harimau menunjukkan keberanian rakyat negara kita dalam menjaga keselamatan negara.
  • Bulan sabit dan bintang menunjukkan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
  • Bintang bersudut empat belas melambangkan tiga belas buah negeri termasuk ibu negeri di Malaysia. 
  • Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).
  • Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.
  • Pokok Pinang, Pokok Melaka, Burung Kenyalang(enggang), dan jata Sabah melambangkan negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah.
  • Bunga raya melambangkan Persekutuan Malaysia.

BENDERA MALAYSIA


Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) 








  • Warna kuning pada anak bulan dan bintang melambangkan warna bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
  • Warna biru tua melambangkan perpaduan rakyat Malaysia.
  • Warna Merah melambangkan keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran.
  • Warna Putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan.
  • Anak bulan melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
  • Bintang pecah empat belas menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dengan Kerajaan Persekutuan.
  • Empat belas jalur merah dan putih melambangkan keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.



Bendera negara (Jalur Gemilang) dikibarkan di tempat-tempat tertentu untuk menandakan berlangsungnya upacara-upacara rasmi kerajaan. Bendera negara juga dikibarkan untuk menunjukkan penyertaan negara kita dalam sesuatu peristiwa antarabangsa.