Thursday 8 December 2011

JATA NEGARA

Jata Negara 

Gambar di bawah ialah jata negara kita. Dalam jata ada lambang-lambang yang mempunyai maksud tertentu. 

  • Lambang harimau menunjukkan keberanian rakyat negara kita dalam menjaga keselamatan negara.
  • Bulan sabit dan bintang menunjukkan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
  • Bintang bersudut empat belas melambangkan tiga belas buah negeri termasuk ibu negeri di Malaysia. 
  • Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).
  • Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.
  • Pokok Pinang, Pokok Melaka, Burung Kenyalang(enggang), dan jata Sabah melambangkan negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah.
  • Bunga raya melambangkan Persekutuan Malaysia.

    9 comments:

    1. Info menarik. Saya ada sedikit tambahan info. Harimau dalam jata negara tu di gelar harimau malaya. Harimau Malaya ini juga dikenali sebagai Harimau Belang iaitu spesies yang hanya ada di Semenanjung Malaysia. Iaitu Panthera Tigris Malayeins atau Panthera Tigris Jacksoni

      ReplyDelete
    2. Sy gunakan sebagai rujukan semasa mengajar subjek Sejarah Tahun 4 di dlm kelas. Terima kasih atas info

      ReplyDelete
    3. Ada yang bahasa cina tak

      ReplyDelete
    4. mengapa kita perlu berbangga dengan Jata Negara..
      lambang kebesaran negara
      lambang. kepatuhan negara
      lambang kesetiaan negara..
      yg mana satu..

      ReplyDelete